sktsp.zoom-a.com
BESTARI, INOVASI, DEDIKASI
| AKTIVITI | FALSAFAH PENDIDIKAN | LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | PAUTAN | SEJARAH | STAF AKADEMIK | VISI & MISI | PIAGAM PELANGGAN |

SEJARAH SEKOLAH



Bangunan Sekolah Kini


Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi ditubuhkan pada tahun 2000. Pada masa itu ianya dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Senawang (Cawangan) di bawah seliaan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Senawang Cik Saliha bt Yahya dengan jumlah guru seramai 13 orang dan 323 orang murid dan beroperasi secara menumpang di bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang 2.

 

Pada 1 Januari 2001 nama sekolah ini bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Senawang 2 .Sebagai pemulaan, sekolah ini telah menerima pelajar tahap satu sahaja iaitu Tahun 1 dan Tahun 2 . Jumlah murid adalah seramai 567 orang, manakala tenaga pengajarnya adalah seramai 22 orang yang diketuai oleh Encik Zakaria bin Abd Hamid sebagai Guru Besar yang pertama,

 

Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi telah berjaya menubuhkan Badan Penaja Persatuan Ibu Bapa dan Guru pada tanggal 27 Februari 2000. Persatuan ini telah dianggotai oleh seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa dan En. Shafie bin Mohd Nor sebagai Pengerusi Penaja PIBG. Semasa Mesyuarat Agung yang pertama Encik Mustaffa bin Katim telah berjaya terpilih menjadi Yang Dipertua PIBG dan Encik Shafie bin Mohd Nor pula sebagai Naib Yang Dipertua PIBG.

 

Impian untuk berpindah ke bangunan sendiri terlaksana juga apabila bangunan sekolah ini siap sepenuhnya pada 11 Julai 2001 dengan pelajarnya meningkat kepada 618 orang iaitu terdiri daripada murid Tahun satu hingga Tahun 5. .Dari detik itu bermulalah satu era baru di bangunan yang tersergam indah ini untuk warganya ‘ Mencerna Kecemerlangan Minda ’ dengan identitinya tersendiri. Seterusnya dengan usaha pihak sekolah dan PIBG akhirnya pihak pendaftaran telah meluluskan pertukaran nama sekolah ini dengan nama Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi pada tahun 2002.

Pada tahun 2002 seramai 87 orang murid tahun 6 menduduki Peperiksaan UPSR menandakan bermulalah sejarah persekolahan tahun pertama peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi.

 

Kini, sebuah makmal komputer, dan sebuah bangunan Prasekolah telah siap dibina dan mula beroperasi dengan gahnya dengan pemandangan yang sungguh indah dan mengasyikkan. Yang menariknya di sekolah ini, sepanjang laluan masuk ke sekolah ini dihiasi dengan landskap yang menarik dan mempesonakan. Sesuai dengan perkembangan masa dan pertambahan penduduk yang agak pesat, sekolah ini sekarang mempunyai murid seramai 1749 orang dengan 47 buah kelas yang beroperasi, 89 orang guru, dan sembilan orang kakitangan sokongan.

Bangunan dalam pembinaan

Permandangan ketika pembinaan

  


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: